Make your own free website on Tripod.com
 

MENU UTAMA

PENGENALAN

Peraturan & undang-undang

Teknik latihan kemahiran asas

Teknik Larian

REKOD PENCAPAIAN

 

1.   Spesifikasi Acara

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter.  Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 10 kilometer.  Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 25 pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan penamat acara larian.  Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah.  Acara ini juga tidak disertai oleh kaum wanita.

 

2.   Arena

Acara lari jarak jauh 10 000 meter berlangsung di gelanggang yang berbentuk bujur.  Balapan atau tempat berlari dibina daripada rumput, ‘asphalt’ atau bahan ‘synthetic’ dan biasanya mengandungi lapan lorong.  Acara lari adalah dijalankan di lorong balapan. 

 

3.   Peralatan

Peralatan seperti pakaian amat penting kepada kemajuan dan prestasi pelari.  Seseorang pelari yang berpakaian kemas dan bersih menunjukkan sifat disiplin diri yang baik.  Pelari perlu memakai singlet atau kemeja ‘T’ yang sesuai dan tidak terlalu ketat.  Pakaian yang terlalu ketat akan menghalang pergerakan tubuh badan, begitu juga ketika memilih seluar pendek.  Pelari tidak perlu membeli kasut yang terlalu mahal tetapi memilih kasut yang tahan, selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

 

 


Lasse  VIREN
Double champion olympique sur 5 000 et 10 000 mètres