Make your own free website on Tripod.com
 

Teknik latihan kemahiran asas

MENU UTAMA

PENGENALAN

Peraturan & undang-undang

Teknik latihan kemahiran asas

Teknik Larian

REKOD PENCAPAIAN


 

 

Dalam sukan olahraga dan acara jarak jauh khasnya, tidak ada jalan singkat untuk seseorang mencapai kejayaan melainkan menerusi latihan.  Seseorang pelari itu mungkin mempunyai kelebihan semula jadi seperti bentuk fizikalnya yang sesuai tetapi tidak mungkin dia akan berjaya jika dia tidak memberi perhatian kepada latihan.

 

Latihan yang berkesan haruslah diawasi oleh jurulatih atau guru pengawas atau seseorang yang lebih berpengalaman dalam acara ini.  Semasa dalam menjalani latihan untuk acara lari jarak jauh, pelari hendaklah mematuhi empat perkara penting.  Ini merangkumi latihan meningkatkan stamina, merangka jadual dan larian, latihan angkat berat dan kaedah mengekal dan meningkatkan larian.  Jurulatih harus merangkumkan empat aepek ini dalam latihan untuk pelari jarak jauh.

 

 i)  Joging

            Joging adalah berlari pada jarak jauh di samping melakukan beberapa latihan fizikal yang bertujuan memberi ketahanan dan kelenturan kepada pelari.  Ini membolehkan pelari berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam acara jarak jauh.  Cara paling baik dalam berjoging bagi meningkatkan prestasi pelari jarak jauh ialah dengan menggunakan cara larian yang berbagai-bagai kelajuan atau berlari bersama bebanan.

 

ii)   Latihan Pelaziman

            Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persediaan awal pelari.  Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain atau sebagai gabungan dengan latihan larian.  Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke semasa.  Latihan ini merangkumi tiga aspek utama sepeti berikut :

  • Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek-aspek seperti jogging dan lari pecut untuk jarak tertentu.

  •  

  • Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.

  •  

  • Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

 

iii)   Latihan Angkat Berat

            Sebagai olahragawan, setiap pelari harus mengikuti latihan angkat berat sebagai keperluan asas mereka.  Latihan ini tidak semestinya diadakan setiap hari, memadailah sekadar seminggu sekali atau dua kali.  Bentuk latihan hendaklah berunsur pelaziman yang melibatkan semua anggota tubuh badan.